Perhubungan dengan akhbar Heath_Ledger

Ledger telah mengalami perhubungan yang bergelora dengan media-media berita, terutamanya jurugambar akhbar. Dia dikatakan meludahi dan menyerang seorang jurugambar di Sydney pada tahun 2004, manakala saudaranya juga dikatakan meludahi seorang jurugambar pada tahun 2005. Ledger berkeras menafikan tuduhan itu. [2] Pada 13 Januari 2006, banyak jurugambar membalas dengan memancut Ledger dengan pistol-pistol air ketika dia berjalan di atas permaidani merah untuk tayangan perdana Brokeback Mountain di Sydney.

Ledger baru-baru ini telah dikritik dalam akhbar-khbar selepas kelakuannya di atas pentas semasa penyampaian Anugerah Persatuan Pelakon Filem 2005. Dia didapati ketawa berdekit-dekit, dan kelakuannya itu diperihalkan sebagai aneh ketika menyampaikan pencalonan filem Brokeback Mountain untuk Persembahan Barisan Pelakon dalam Filem. Akhbar Los Angeles Times memerihalkan kelakuannya sebagai "sejenis olok-olokan homoseksual". [3] Ledger kemudian berhubung dengan Times untuk menerangkan kelakuannya sebagai suatu gugup pentas yang diakibatkan oleh ketidaksediaan menyampaikan pencalonan tersebut kerana hanya diberikan tugas itu beberapa minit sebelum itu. "Aku meminta maaf atas patah jiwaku," Ledger berkata kepada akhbar itu. [4]

Ledger juga dibidas selepas dia dipetik dalam akhbar Australia, Herald Sun, pada bulan Januari 2006 kerana menghina Virginia Barat, sebuah negeri Amerika Syarikat. Apabila Ledger salah menganggap bahawa negeri itu mengharamkan filemnya, "Brokeback Mountain", dia membuat penyataan bahawa Virginia Barat mempunyai hukuman bunuh tanpa perbicaraan sehingga 1980-an. Kenyataan-kenyataan itu telah dipertikaikan oleh ahli-ahli arkib dan sejarah yang menunjukkan bahawa hukuman bunuh terakhir tanpa perbicaraan diadakan di Virginia Barat pada tahun 1931.

Rujukan

WikiPedia: Heath_Ledger http://www.heraldsun.com.au/news/jindabyne-sunk-by... http://www.realestate.com.au/review/apr06/article4... http://www.smh.com.au/news/oscars-2006/on-the-osca... http://www.theage.com.au/news/National/Ten-Canoes-... http://www.theage.com.au/news/film/ledger-in-damag... http://www.theage.com.au/news/national/ledger-hope... http://www.cbc.ca/arts/story/2006/03/05/independen... http://www.batman-on-film.com/batmovienews.html http://www.cnn.com/2006/SHOWBIZ/Movies/01/05/sag.n... http://s3.forumforfree.com/index.php?mforum=heathh...